Sunday, 30 April 2017

TENAGA YANG TIDAK BOLEH DIPERBAHARUI ,



Tiga sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui adalah :


>Minyak dan hasil petroleum – termasuk gasolin, bahan bakar diesel, dan propana
>Gas asli
>Arang batu

Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui terhasil dari tanah adalah cecair, gas dan pepejal. Minyak mentah (petroleum) adalah satu – satunya bahan bakar yang tidak boleh diperbaharui yang komersial yang terdapat dalam bentuk cecair. Gas asli dan propana selalunya gas dan arang batu adalah pepejal.

Arang batu, petroleum, gas asli, dan propana semuanya adalah bahan bakar fosil kerana ia terbentuk daripada tumbuhan dan haiwan yang tertanam berjuta – juta tahun yang lalu.


MINYAK (PETROLEUM) – ASAS (‘OIL (PETROLEUM) - BASICS’)

Bagaimana minyak terbentuk?

Minyak terbentuk daripada pereputan haiwan dan tumbuhan yang hidup berjuta – juta tahun yang lalu yang tinggal di dalam persekitaran air sebelum dinosaur. Lebih daripada berjuta – juta tahun, reputan haiwan – haiwan dan tumbuhan – tumbuhan ini ditutupi dengan lapisan pasir dan kelodak. Haba dan tekanan daripada lapisan – lapisan ini membantu ia berubah bentuk kepada minyak mentah. Perkataan ‘petroleum’ bermakna ‘minyak batuan’ atau ‘minyak dari Bumi’.

TENAGA BOLEH DIPERBAHARUI .



Tenaga boleh diperbaharui ialah tenaga yang dijana daripada sumber semula jadi seperti cahaya suriaanginhujanombakgeoterma, yang boleh diperbaharui secara semula jadi. Teknologi-teknologi tenaga boleh diperbaharui termasuklah kuasa suriahidroelektrikbiojisim dan bahan bakar bio.
Pada tahun 2006, sekitar 18% daripada penggunaan tenaga dunia dihasilkan oleh sumber-sumber yang boleh diperbaharui, dengan 13% datang daripada teknologi biojisim tradisional seperti pembakaran kayu. Kuasa hidro pula menyumbang sebanyak 3% diikuti dengan pemanasan air (1.3%). Teknologi moden seperti geoterma, angin, suria dan ombak membentuk 0.8% penggunaan keseluruhan tenaga. Potensi penggunaan tenaga sebegini adalah sangat besar, mengatasi kesemua sumber-sumber sedia ada dan telah dicadangkan untuk digunakan sebagai sumber utama penjanaan kuasa.

INFORIA




1) Tetapkan suhu penyaman udara tidak kurang daripada 24ÂșC
Jika anda sudah kebiasaan pada suhu yang lebih rendah, maka cuba membiasakan diri kepada suhu ini kerana ia akan menolong penyaman udara rumah anda tahan lebih lama.

2) Tutup tingkap dan pintu semasa penyaman udara digunakan
Ini boleh mengelakkan pembaziran tenaga semasa menggunakan penyaman udara.

3) Padamkan lampu bilik apabila tidak digunakan.
Ramai pengguna mengendahkan tabiat menutup lampu semasa keluar dari bilik. Tabiat tidak menutup lampu adalah salah satu punca pembaziran tenaga.

4) Padam Perkakasan Elektrik
Perkakasan, peralatan ataupun peranti elektrik di rumah seperti komputer, seterika, TV dan sebagainya perlu di padamkan untuk pengurusan elektrik yang cekap dan untuk memastikan jangka hayat peralatan elektrik lebih lama. Adalah lebih baik jikalau kamu boleh mengeluarkan kabel kuasa (power cable) dari soketnya.

5) Seterika Elektrik
Alat pemanas dalam seterika elektrik menggunakan tenaga elektrik yang banyak. Cubalah sebanyak mungkin menggosok pakaian dalam satu masa daripada menggosok berulang kali dalam sehari.

 6) Peti Sejuk – Faktor Saiz
Gunakan mengikut saiz keperluan dan bukannya disebabkan minat untuk saiz besar. Peti sejuk yang lebih besar menggunakan tenaga elektrik yang lebih tinggi. Seboleh‐bolehnya gunakan peti sejuk Kecekapan Tenaga tinggi (5 Bintang)

7) Peti Sejuk‐ Pengumpulan Fros
Ada sesetengah peti sejuk yang tidak datang dengan ‘defrost’ sistem. Jika peti sejuk anda sebegini maka panggillah juru teknik peti sejuk untuk mendapatkan bantuan.

8) Peti Sejuk‐ Penyusunan Bahan Makanan
Pastikan susun atur makanan membolehkan pengaliran udara yang bebas antara makanan.

9) Peti Sejuk‐ Lokasi
Kecekapan peti sejuk juga bergantung kepada lokasinya di simpan di dalam rumah. Di tepi dan belakang peti sejuk mestilah disediakan ruang sedikit untuk pengaliran bebas udara.

10) Peti Sejuk‐ Gegelung Pemeluwap
Kecekapan peti sejuk juga bergantung kepada gegelung pemeluwap. Penjagaan kebersihannya juga penting dalam patut dijadualkan sebagai Langkah Penyelenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance)

 11) Ketuhar Elektrik / Gelombang Mikro
Gasket pintu gelombang mikro hendaklah selalu dalam keadaan tertutup untuk mengelakkan kehilangan tenaga.

12) Cerek Elektrik
Pengunaan cerek elektrik amat menjimatkan kerana elemen pemanas di dalam cerek elektrik di letakkan terus di dalam air untuk mendidihkannya supaya kehilangan haba berlebihan dapat di kurangkan. Elemen pemanas juga harus dibersihkan untuk mengurangkan pengunaan tenaga.

13) Alat Pemanas Air untuk Mandi
Pemanas air segera dapat menjimatkan lebih tenaga daripada pemanas air jenis bertakung. Jikalau rumah kamu sedang mengunakan pemanas air bertakung, sila menukarnya kepada pemanas air segera.

14) Operasi komputer
Komputer yang beroperasi dalam mod sedia atau mod tidur membazirkan tenaga. Adalah menjadi amalan baik untuk menutup komputer apabila tidak diperlukan untuk mengurangkan pembaziran.

 15) Tukar kepada monitor LCD
Penukaran kepada monitor LCD yang cekap tenaga daripada menggunakan monitor CRT adalah langkah yang baik untuk penjimatan tenaga.

16) Gantikan Kipas Yang Terlampau Lama
Jikalau kipas kamu telah bekerja berdekad-dekat maka pertimbangkanlah untuk menukar kipas baru yang lebih cekap tenaga. Ia mengunakan tenaga elektrik yang lebih rendah.

17) Gunakan Lampu Kalimantang daripada Lampu Bulat
Lampu kalimantang adalah beberapa kali lebih cerah daripada lampu mentol bulat untuk Watt elektrik yang sama. Seboleh‐bolehnya gunakan lampu kalimantang yang Cekap Tenaga.

18) Tukar Lampu Pijar (Incandescent) kepada lampu CFL
Lampu Pijar tidak cekap tenaga maknanya membazirkan tenaga elektrik. Tukarlah kepada lampu cekap tenaga seperti Compact Fluorescent Light (CFL)

19) Cuci Penapis Alat Penyaman Udara sebagai Langkah Penyelenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance)
Langkah Penyelenggaraan Pencegahan perlu dilakukan dalam jangka masa setiap 3 bulan untuk memastikan jangka hayat tahan lebih lama dan penapis yang kotor boleh menyebabkan penggunaan tenaga yang berlebihan dalam process penyejukkan.

20) Tanam Pokok
Penanaman pokok di sekitar persekitaran rumah sedikit sebanyak akan membantu dalam process penyejukkan rumah kerana pokok‐pokok meresap CO2 di udara. Gas CO2 antara penyumbang terbesar pemanasan global dunia.

21) Pendingin Udara mestilah diletakkan di dalam ruang yang tiada halangan
Pastikan tiada perabot yang menghalang peredaran udara dari pendingin udara dansensor di pendingin udara.

22) Pendingin Udara mengikut keperluan
Jika pendingin udara diperlukan di bilik yang kecil maka 1.5hp atau 2hp sudah memadai.Tidak perlulah menggunakan hp tinggi untuk kawasan kecil kerana ia akan memakan tenaga.

23) Penebatan bumbung dan siling

Ada kaitan antara penebatan bumbung dan siling dan penggunaan tenaga dalam rumah.Penebat pelbagai pilihan di sediakan untuk rumah di lokasi sejuk dan panas.

PETUA PENJIMATAN TENAGA(INFOGRAFIK LABEL TENAGA)



Rumah yang berkecekapan tenaga adalah salah satu cara bagi mengurangkan perbelanjaan bil elektrik anda. Ianya adalah salah satu cara yang paling mudah bagi mengurangkan kesan penggunaan elektrik berlebihan terhadap alam sekitar. Berikut adalah cara-cara bagaimana anda dapat membantu mengurangkan penggunaan tenaga dan perbelanjaan bil elektrik anda.

*Padamkan peralatan elektrik atau lampu, jika tidak digunakan
*Jika anda tidak menggunakan sebarang peralatan elektrik buat jangka masa yang panjang, sila padamkan dan cabut palamnya daripada suis. Peralatan yang berada dalam mod siap sedia atau pengecas bateri yang dipasang masih menggunakan sejumlah tenaga yang kecil.
*Gunakan lampu neon berkecekapan tenaga
*Gunakanlah lampu neon atau floresen kerana ianya menggunakan tenaga dua pertiga kurang daripada lampu pijar dan dapat bertahan enam hingga 10 kali lebih lama. Lampu ini juga kurang menghasilkan haba.
*Gunakan mentol watt lebih rendah
*Daripada menggunakan mentol 100-watt, anda mungkin memerlukan hanya mentol 60 watt untuk beberapa bilik dan ruang di rumah anda.
*Gunakan peti sejuk anda dengan bijak
*Biarkan makanan yang dimasak sejuk terlebih dahulu sebelum menyimpannya ke dalam peti sejuk dan rancang simpanan makanan dan bahan mentah anda dengan bijak dan efisien kerana peti sejuk yang terlebih muatan akan menggunakan lebih banyak tenaga. Juga pastikan peti sejuk ditempatkan sekurang-kurangnya 4 inci daripada dinding untuk mengelakkan motor peti sejuk anda rosak.
*Optimumkan penggunaan mesin basuh anda
*Basuh pakaian anda menggunakan air paip biasa dan basuhlah dalam kuantiti yang banyak. Apabila anda ingin membasuh sedikit pakaian, pilihlah tetapan yang bersesuaian dengan kuantiti pakaian anda pada mesin basuh. Cuba jemur pakaian anda seperti biasa daripada menggunakan mesin pengering yang tidak cekap tenaga.
*Selenggara unit pendingin hawa anda
*Bersihkan penapis udara pada pendingin hawa anda kerana penapis yang terlalu kotor menggunakan lebih banyak tenaga untuk beroperasi. Tetapkan suhu pendingin hawa di antara 22 hingga 26 darjah *Celsius untuk keselesaan yang optimum.
*Sejukkan rumah anda dengan mengurangkan haba dalaman
*Selain daripada memadamkan peralatan elektrik mahupun lampu yang tidak digunakan, anda juga boleh menggunakan langsir bagi menapis sinaran matahari secara langsung ke dalam rumah anda. *Apabila memasak, pastikan pengaliran udara dengan betul agar haba tidak mengalir ke ruang lain di rumah anda.
*Ganti peralatan elektrik yang lama
*Peralatan elektrik yang baru menggunakan kurang tenaga berbanding yang lama. Sebagai contoh, peti sejuk yand berada di pasaran kini menggunakan kurang 40 peratus tenaga berbanding model peti sejuk 10 tahun dahulu.
*Semak Kecekapan Tenaga pada Peralatan Elektrik
*Jika anda merancang untuk membeli peti sejuk baru, pastikan anda membuat perbandingan kecekapan tenaga pada model-model peti sejuk pilihan anda. Penilaian Kecekapan Tenaga diperkenalkan oleh Suruhanjaya Tenaga pada 2005, bertujuan memberikan informasi kepada pengguna dengan menggunakan sistem kedudukan melalui bintang berdasarkan kecekapan tenaga sesuatu model peralatan elektrik tersebut. Ianya dinilai dengan satu bintang bagi tidak cekap sehingga lima bintang bagi paling cekap tenaga.
*Pilih ‘Star Energy’
*Begitu juga ketika memilih komputer atau peralatan komputer, anda boleh memilih jenama dan model yang memaparkan logo Star Energy. Peralatan ini telah memenuhi garis panduan kecekapan tenaga yang telah ditetapkan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar dan Jabatan Tenaga Amerika Syarikat.

TIP-TIP JIMAT TENAGA DI RUMAH DAN PEJABAT .



                                               
*Penapis penghawa dingin mesti dibersihkan dengan kerap. Aliran udara yang senag mengurangkan penggunaan tenaga.
*Lakukan Audit tenaga di rumah. Ini dapat menjamin system pendawaian yang betul di rumah dan pejabat.
*Kompresor mesti dibersihkan, gunakan hos getah (pastikan bekalan elektrik telahpun dimatikan). *Pastikan tumbuhan berada 1 kaki daripada kompresor.
*Tutup lampu pada waktu siang.
*Bagi rumah yang mempunyai tanah, tanam pokok-pokok untuk teduhan. Teduhan daripada pokok-pokok dapat mengurangkan kesan pemanasan kepada rumah.
*Gunakan kipas siling untuk aliran udara. Pengurangan dalam penggunaan tenaga. Aliran udara semulajadi juga boleh digunakan.
*Set kipas pada penghawa dingin kepada “ON” daripada “AUTO”. Pengaliran udara yang sekata dapat mengstabilkan suhu udara dalam bilik.
*Adalah penting untuk membeli alat penghawa yang bersaiz betul untuk kegunaan. Unit yang besar akan menggunakan lebih banyak tenaga dan tutup/buka secara kerap.
*Setkan suhu penghawa dingin di antara 24°C hingga 26°C, rendah  (24°C) semasa cuaca panas dan tinggi (26°C) pada musim hujan. Gunakan aliran udara semulajadi di mana mungkin.
*Suhu pemanas air boleh ditetapkan di antara rendah dan sederhana untuk menjimatkan tenaga.
*Gunakan penyembur air yang jimat air, air yang kurang bermakna penggunaan tenaga yang kurang.
*Perbaiki paip yang bocor, terutamanya jika melibatkan perkakas air panas.
*Mandi adalah lebih baik daripada merendam dalam tub mandian. Lebih banyak air panas digunakan lebih banyak pembaziran tenaga.
*Peralatan dapur yang kecil membantu mengurangkan penggunaan tenaga. Terdapat peralatan yang mengguna 75% tenaga kurang daripada oven yang besar.
*Koil peti sejuk mesti di vakum sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk memastikan kompresor berfungsi dengan baik.
*30% udara sejuk akan terlepas setiap kali pintu peti sejuk di buka. Keadaan yang sama untuk oven.
*Jangan melebihi muatan peti sejuk, udara sejuk perlu mengalir dengan bebas untuk memastikan makanan di simpan pada suhu yang betul.
*Letakkan peti sejuk supaya pintunya akan tutup secara automatik apabila dibiarkan terbuka. Ini akan mengelakkan pembaziran tenaga.
*Magnet pintu peti sejuk mesti diperiksa. Letakkan duit Satu Ringgit dan tutup pintu. Jika duit kertas ini boleh di tarik, anda perlu menukar magnet ini (gasket).
*Gunakan kemudahan cuci sendiri oven sejurus selepas memasak, apabila oven masih panas. Ini mengelakkan mesa yang panjang untuk pemanasan semula.
*Tutup periuk atau kuali untuk mengurangkan masa memasak, dan letakkan periuk atau kuali mengikut saiz pembakar.
*Cuci pakaian dalam muatan penuh. Pastikan aras air di set pada aras yang betul.
*Sentiasa gunakan air sejuk untuk mencuci pakaian, air panas hanya perlu digunakan untuk pakaian yang terlalu kotor sahaja.
*Elakkan penggunaan pengering pada hari yang cerah, kita dikurniakan dengan cahaya matahari yang banyak. Ultraviolet daripada cahaya matahari membunuh kuman.
*Lampu floresen kompak menggunakan 75% tenaga kurang daripada lampu floresen biasa dan mempunyai jangka hayat 10 kali juga. Penukaran kepada lampu ini, menjimatkan tenaga juga.
*Tutup lampu dan peralatan elektrik apabila bilik atau kawasan tertentu tidak digunakan.
*Bersihkan lampu dengan kerap. Lapisan habuk boleh melitupi sehingga 50% pengeluaran tenaga.
*Warna yang cerah memantul lebih banyak cahaya. Merancang perhiasan dalaman rumah dan pejabat boleh membantu penjimatan tenaga.
*Keluarkan plug bagi peralatan elektrik yang tidak digunakan. Kebanyakan peralatan ini, terutamanya komputer, TV dan VCR mengambil tenaga elektrik walaupun suisnya telah ditutup.
*Jika dinding di rumah atau pejabat tidak di tebat, gunakan perkakas berat seperti rak-rak buku, dan sofa untuk diletakkan sekitar kawasan ini. Ini akan membantu mencegah kemasukan haba daripada luar dan kehilangan kesejukan dari dalam bangunan.
*Jika anda keluar dari rumah untuk jangkamasa yang panjang, pastikan untuk menutup semua perkakas elektrik yang boleh di tutup.
*Melabur kepada alat yang Cekap Tenaga memang bermanfaat. Terdapat kes-kes di mana, duit yang dijimatkan melalui penjimatan kos tenaga dapat memulangkan kos malbur dalam beberapa tahun.
*Sila baca Label Panduan Tenaga dengan betul, pastikan anda membanding alatan yang setara. *Penggunaan tenaga mempunyai perbezaan yang besar dalam jenama yang sama. Jangan tertipu dengan jualan murah dan janji daripada promoter.
*Beli peralatan yang sesuai untuk keluarga adalah penting. Pembelian yang lampau akan menyebabkan pembaziran wang dan juga penggunaan tenaga.
*Jika peralatan elektrik melebihi 10 – 15 tahun, praktikkan penukaran semula kepada peralatan baru yang cekap tenaga.
*Pastikan logo “EnergyStar" ada pada peralatan cekap tenaga. Ini menunjukkan persijilan daripada pihak-pihak kerajaan atau pensijilan menbuktikan peralatan ini menggunakan tenaga elektrik secara cekap.
*Jangan lupa untuk bertanyakan tentang jaminan, maklumat servis, penghantaran, dan kos pemasangan.
*Pastikan anda memilih penjual yang bereputasi dan perpengalaman. Penjual yang baik boleh membantu anda untuk mengira pejimatan tenaga dan jangkamasa pulangan. Pada masa yang sama dapat memberikan pilihan yang banyak.
*Pastikan anda sedar akan hak anda untk mendapatkan pengetahuan tentang produk. Peralatan yang rosak patut diganti (pastikan kad jaminan di simpan).


ANDA BOLEH MEMBANTU DENGAN MENGAMBIL LANGKAH-LANGKAH MUDAH BERIKUT .

Image result for penjimatan tenaga

1.Lampu 

;-Gunakan mengikut keperluan sahaja. Matikan suis apabila meninggalkan bilik anda.
;-Gunakan mentol rendah tenaga seperti “compact flourescent lamp”. Pasangkan pada lampu meja /membaca anda.
;-Manfaatkan cahaya matahari. Aturkan meja supaya berhampiran tingkap. Bukakan langsir dan penghadang cahaya bagi menerangi bilik anda.

2. Peralatan komputer

;-Matikan segala peralatan komputer (PC, monitor, printer) apabila tidak digunakan. Matikan suis di plug sebelum anda meninggalkan bilik.
;-Dimana perlu, gunakan lap-top berbanding desktop PC kerana ia menggunakan kurang tenaga.
;-Manfaatkan ciri menjimat tenaga yang ada pada peralatan komputer – power save setting

3. Alat pendingin hawa

;-Matikan apabila tidak digunakan. Gunakan hanya apabila suhu dalam bilik semakin panas/tidak selesa.
;-Tingkatkan suhu kepada 20°C. Suhu di luar bilik hanya 4-5°C sahaja lebih tinggi.
;-Buka jaket dan pakai kemeja sahaja apabila berada dalam bilik.

 4. Lain-lain peralatan elektrik – cerek, radio, pengecas bateri dsb



;-Gunakan peralatan ini dengan sewajarnya. Matikan suis dan cabut plug daripada soket di dinding apabila peralatan ini selesai digunakan.

ADAKAH KECEKAPAN TENAGA SAMA DENGAN PENJIMATAN TENAGA ?



Penjimatan tenaga tidak semestinya diterjemahkan kepada penggunaan tenaga yang cekap. Walau bagaimanapun, kedua-dua kecekapan tenaga dan penjimatan tenaga, akan menjimatkan tenaga dan 
mengurangkan kos operasi.

A. Kecekapan tenaga

Ini dapat dicapai dengan aplikasi teknologi yang cekap, seperti motor yang cekap tenaga yang tinggi, lampu, dab lain-lain.
Ia melibatkan kos pelaburan dan memerlukan pakar untuk mengenal pasti teknologi yang betul. Kecekapan tenaga kebanyakannya digunakan untuk industri.

B. Penjimatan tenaga

Ini dicapai melalui penggunaan tenaga secara cekap, seperti memadamkan lampu dan peralatan elektrik apabila tidak diperlukan, menggunakan cahaya matahari dan lain-lain.
Ia tidak melibatkan kos dan memerlukan perubahan tingkah laku pengguna sahaja. Penjimatan tenaga boleh digunakan dalam semua sektor.

MENGAPAKAH KECEKAPAN TENAGA PENTING ?


Penggunaan tenaga secara cekap akan menunjukkan kadar penjimatan tenaga dan wang yang kurang dibelanjakan untuk tenaga itu. Penjimatan itu boleh diterjemahkan ke dalam bil-bil tenaga / elektrik yang lebih rendah.

Faedah keseluruhan kecekapan tenaga ialah:

 A. Kos
:-Pengurangan kos tenaga akan membawa kepada kos pengurusan operasi yang sedikit dan akan  meningkatkan keuntungan yang tinggi.
:-Kesan positif ke atas produktiviti dan daya saing.

 B. Perlindungan alam sekitar  Pengurangan pengeluaran karbon yang menyumbang kepada pemanasan global.
:-Pengurangan pencemaran udara dan persekitaran yang lebih bersih.
:-Kecekapan tenaga adalah salah satu cara yang paling berpotensi untuk mengurangkan GHG dalam   jangka masa pendek

C. Keselamatan bekalan
:-Kurang loji jana kuasa, penghantaran dan menaik taraf sistem pengagihan dan pembinaan.
:-Membendung pertumbuhan permintaan tenaga global atau tempatan dan meningkatkan keselamatan  bekalan.
:-Kurang penggunaan tenaga bermakna hanya sedikit sahaja bahan api diperlukan untuk membakar     yang membawa kepada pengurangan jangka masa panjang dalam penggunaan tenaga. Ini membantu memanjangkan hayat sumber-sumber asli seperti bahan api fosil, arang batu dan gas.



MEMAHAMI KECEKAPAN TENAGA .


Kecekapan tenaga adalah satu tindakan yang menggunakan tenaga yang sedikit untuk menyempurnakan tugas yang sama. Contohnya, di rumah dan bangunan-bangunan komersial. Ia bermakna, dengan hanya menggunakan tenaga yang sedikit untuk memanaskan, menyejuk dan penggunaan tenaga lampu dalam bangunan. Ia juga boleh melibatkan penggunaan peralatan cekap tenaga yang menggunakan tenaga yang sedikit.


Penggunaan tenaga yang sedikit juga boleh digunakan di kilang-kilang dan sektor pembuatan dalam mengeluarkan produk dalam kuantiti yang sama. Ia boleh dicapai dengan menggunakan motor yang lebih cekap tenaga, sistem ”Drive”, sistem udara mampat yang kecekapannya tinggi dan peralatan industri yang lain.

MENGAPAKAH ANDA PERLU MENGGUNAKAN SUMBER TENAGA DENGAN CEKAP?

Image result for statistik penggunaan tenaga elektrik di malaysia

1. Untuk mengurangkan penggunaan bahan api fosil (gas dan             arang batu)  yang:
      :-  bekalannya semakin susut
      :- kos yang semakin tinggi
      :- menghasilkan gas-gas berbahaya yang boleh membawa                   kesan
      :- buruk kepada kesihatan manusia dan alam sekitar.
2. Untuk memelihara alam sekitar yang merupakan satu-satunya         warisan kita untuk generasi 
    akan datang .

3. Untuk mengurangkan perbelanjaan isirumah.

APAKAH KECEKAPAN TENAGA ?




Kecekapan tenaga(elektrik) bermakna  anda menggunakan tenaga elektrik  yangminima untuk menyempurnakan kerja yang sama di rumah atau di tempat kerja. Ini juga  bermakna anda akan dapat mengurangkan perbelanjaan untuk penggunaan elektrik di samping menikmati  kemudahan yang sama.

Kecekapan tenaga (elektrik) bermakna kita menggunakan tenaga elektrik yang minima untuk menyempurnakan kerja yang sama di rumah. Ini juga bermakna kita akan dapat mengurangkan perbelanjaan untuk penggunaan elektrik di samping menikmati kemudahan yang sama.Kecekapan tenaga  juga merujuk kepada penggunaan tenaga yang cermat, berhemat dan bijaksana. Sebagai pengguna, amalan kecekapan tenaga boleh mengurangkan perbelanjaan, menjimatkan kos sara hidup dan mengelakkan pembaziran.

Suruhanjaya Tenaga (ST) merupakan badan yang bertanggungjawab dalam membangunkan dan mengawal selia program pelabelan cekap tenaga.  Program pelabelan cekap tenaga ini bertujuan untuk mengalakkan industri untuk menghasilkan barang elektrik yang menjimatkan tenaga.  Selain itu, sesebuah syarikat barang elektrik juga mempunyai kelebihan dari segi persaingan kerana barang mereka mempunyai label yang menunjukkan bahawa ia boleh menjimatkan tenaga elektrik.


Saturday, 29 April 2017

PENGENALAN .



Image result for energy

Elektrik merupakan sumber tenaga utama yang digunakan di rumah. Anda seharusnya terus menikmati  manfaat daripada peralatan elektrik dengan tidak menggunakan lebih banyak tenaga daripada yang sepatutnya. Penggunaan tenaga elektrik secara cekap dapat menjimatkan wang serta  dapat membantu  memelihara alam sekitar.