Rumah yang berkecekapan tenaga adalah salah satu cara bagi
mengurangkan perbelanjaan bil elektrik anda. Ianya adalah salah satu cara yang
paling mudah bagi mengurangkan kesan penggunaan elektrik berlebihan terhadap
alam sekitar. Berikut adalah cara-cara bagaimana anda dapat membantu
mengurangkan penggunaan tenaga dan perbelanjaan bil elektrik anda.
*Padamkan peralatan elektrik atau lampu, jika tidak digunakan
*Jika anda tidak menggunakan sebarang peralatan elektrik buat
jangka masa yang panjang, sila padamkan dan cabut palamnya daripada suis.
Peralatan yang berada dalam mod siap sedia atau pengecas bateri yang dipasang
masih menggunakan sejumlah tenaga yang kecil.
*Gunakan lampu neon berkecekapan tenaga
*Gunakanlah lampu neon atau floresen kerana ianya menggunakan
tenaga dua pertiga kurang daripada lampu pijar dan dapat bertahan enam hingga
10 kali lebih lama. Lampu ini juga kurang menghasilkan haba.
*Gunakan mentol watt lebih rendah
*Daripada menggunakan mentol 100-watt, anda mungkin
memerlukan hanya mentol 60 watt untuk beberapa bilik dan ruang di rumah anda.
*Gunakan peti sejuk anda dengan bijak
*Biarkan makanan yang dimasak sejuk terlebih dahulu sebelum
menyimpannya ke dalam peti sejuk dan rancang simpanan makanan dan bahan mentah
anda dengan bijak dan efisien kerana peti sejuk yang terlebih muatan akan
menggunakan lebih banyak tenaga. Juga pastikan peti sejuk ditempatkan
sekurang-kurangnya 4 inci daripada dinding untuk mengelakkan motor peti sejuk
anda rosak.
*Optimumkan penggunaan mesin basuh anda
*Basuh pakaian anda menggunakan air paip biasa dan basuhlah
dalam kuantiti yang banyak. Apabila anda ingin membasuh sedikit pakaian,
pilihlah tetapan yang bersesuaian dengan kuantiti pakaian anda pada mesin
basuh. Cuba jemur pakaian anda seperti biasa daripada menggunakan mesin
pengering yang tidak cekap tenaga.
*Selenggara unit pendingin hawa anda
*Bersihkan penapis udara pada pendingin hawa anda kerana
penapis yang terlalu kotor menggunakan lebih banyak tenaga untuk beroperasi.
Tetapkan suhu pendingin hawa di antara 22 hingga 26 darjah *Celsius untuk
keselesaan yang optimum.
*Sejukkan rumah anda dengan mengurangkan haba dalaman
*Selain daripada memadamkan peralatan elektrik mahupun lampu
yang tidak digunakan, anda juga boleh menggunakan langsir bagi menapis sinaran
matahari secara langsung ke dalam rumah anda. *Apabila memasak, pastikan
pengaliran udara dengan betul agar haba tidak mengalir ke ruang lain di rumah
anda.
*Ganti peralatan elektrik yang lama
*Peralatan elektrik yang baru menggunakan kurang tenaga
berbanding yang lama. Sebagai contoh, peti sejuk yand berada di pasaran kini
menggunakan kurang 40 peratus tenaga berbanding model peti sejuk 10 tahun
dahulu.
*Semak Kecekapan Tenaga pada Peralatan Elektrik
*Jika anda merancang untuk membeli peti sejuk baru, pastikan
anda membuat perbandingan kecekapan tenaga pada model-model peti sejuk pilihan
anda. Penilaian Kecekapan Tenaga diperkenalkan oleh Suruhanjaya Tenaga pada
2005, bertujuan memberikan informasi kepada pengguna dengan menggunakan sistem
kedudukan melalui bintang berdasarkan kecekapan tenaga sesuatu model peralatan
elektrik tersebut. Ianya dinilai dengan satu bintang bagi tidak cekap sehingga
lima bintang bagi paling cekap tenaga.
*Pilih ‘Star Energy’
*Begitu juga ketika memilih komputer atau peralatan komputer,
anda boleh memilih jenama dan model yang memaparkan logo Star Energy. Peralatan
ini telah memenuhi garis panduan kecekapan tenaga yang telah ditetapkan oleh
Agensi Perlindungan Alam Sekitar dan Jabatan Tenaga Amerika Syarikat.
No comments:
Post a Comment