1) Tetapkan suhu penyaman udara tidak kurang daripada 24ºC
Jika anda sudah kebiasaan pada suhu yang lebih rendah, maka
cuba membiasakan diri kepada suhu ini kerana ia akan menolong penyaman udara
rumah anda tahan lebih lama.
2) Tutup tingkap dan pintu semasa penyaman udara digunakan
Ini boleh mengelakkan pembaziran tenaga semasa menggunakan
penyaman udara.
3) Padamkan lampu bilik apabila tidak digunakan.
Ramai pengguna mengendahkan tabiat menutup lampu semasa
keluar dari bilik. Tabiat tidak menutup lampu adalah salah satu punca
pembaziran tenaga.
4) Padam Perkakasan Elektrik
Perkakasan, peralatan ataupun peranti elektrik di rumah
seperti komputer, seterika, TV dan sebagainya perlu di padamkan untuk
pengurusan elektrik yang cekap dan untuk memastikan jangka hayat peralatan
elektrik lebih lama. Adalah lebih baik jikalau kamu boleh mengeluarkan kabel
kuasa (power cable) dari soketnya.
5) Seterika Elektrik
Alat pemanas dalam seterika elektrik menggunakan tenaga
elektrik yang banyak. Cubalah sebanyak mungkin menggosok pakaian dalam satu
masa daripada menggosok berulang kali dalam sehari.
Gunakan mengikut saiz keperluan dan bukannya disebabkan
minat untuk saiz besar. Peti sejuk yang lebih besar menggunakan tenaga elektrik
yang lebih tinggi. Seboleh‐bolehnya gunakan peti sejuk Kecekapan Tenaga tinggi
(5 Bintang)
7) Peti Sejuk‐ Pengumpulan Fros
Ada sesetengah peti sejuk yang tidak datang dengan ‘defrost’
sistem. Jika peti sejuk anda sebegini maka panggillah juru teknik peti sejuk
untuk mendapatkan bantuan.
8) Peti Sejuk‐ Penyusunan Bahan Makanan
Pastikan susun atur makanan membolehkan pengaliran udara
yang bebas antara makanan.
9) Peti Sejuk‐ Lokasi
Kecekapan peti sejuk juga bergantung kepada lokasinya di
simpan di dalam rumah. Di tepi dan belakang peti sejuk mestilah disediakan
ruang sedikit untuk pengaliran bebas udara.
10) Peti Sejuk‐ Gegelung Pemeluwap
Kecekapan peti sejuk juga bergantung kepada gegelung
pemeluwap. Penjagaan kebersihannya juga penting dalam patut dijadualkan sebagai
Langkah Penyelenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance)
Gasket pintu gelombang mikro hendaklah selalu dalam keadaan
tertutup untuk mengelakkan kehilangan tenaga.
12) Cerek Elektrik
Pengunaan cerek elektrik amat menjimatkan kerana elemen
pemanas di dalam cerek elektrik di letakkan terus di dalam air untuk mendidihkannya
supaya kehilangan haba berlebihan dapat di kurangkan. Elemen pemanas juga harus
dibersihkan untuk mengurangkan pengunaan tenaga.
13) Alat Pemanas Air untuk Mandi
Pemanas air segera dapat menjimatkan lebih tenaga daripada
pemanas air jenis bertakung. Jikalau rumah kamu sedang mengunakan pemanas air
bertakung, sila menukarnya kepada pemanas air segera.
14) Operasi komputer
Komputer yang beroperasi dalam mod sedia atau mod tidur
membazirkan tenaga. Adalah menjadi amalan baik untuk menutup komputer apabila
tidak diperlukan untuk mengurangkan pembaziran.
Penukaran kepada monitor LCD yang cekap tenaga daripada
menggunakan monitor CRT adalah langkah yang baik untuk penjimatan tenaga.
16) Gantikan Kipas Yang Terlampau Lama
Jikalau kipas kamu telah bekerja berdekad-dekat maka
pertimbangkanlah untuk menukar kipas baru yang lebih cekap tenaga. Ia
mengunakan tenaga elektrik yang lebih rendah.
17) Gunakan Lampu Kalimantang daripada Lampu Bulat
Lampu kalimantang adalah beberapa kali lebih cerah daripada
lampu mentol bulat untuk Watt elektrik yang sama. Seboleh‐bolehnya gunakan
lampu kalimantang yang Cekap Tenaga.
18) Tukar Lampu Pijar (Incandescent) kepada lampu CFL
Lampu Pijar tidak cekap tenaga maknanya membazirkan tenaga
elektrik. Tukarlah kepada lampu cekap tenaga seperti Compact Fluorescent Light
(CFL)
19) Cuci Penapis Alat Penyaman Udara sebagai Langkah
Penyelenggaraan Pencegahan (Preventive Maintenance)
Langkah Penyelenggaraan Pencegahan perlu dilakukan dalam
jangka masa setiap 3 bulan untuk memastikan jangka hayat tahan lebih lama dan
penapis yang kotor boleh menyebabkan penggunaan tenaga yang berlebihan dalam
process penyejukkan.
20) Tanam Pokok
Penanaman pokok di sekitar persekitaran rumah sedikit
sebanyak akan membantu dalam process penyejukkan rumah kerana pokok‐pokok
meresap CO2 di udara. Gas CO2 antara penyumbang terbesar pemanasan global
dunia.
21) Pendingin Udara mestilah diletakkan di dalam ruang yang
tiada halangan
Pastikan tiada perabot yang menghalang peredaran udara dari
pendingin udara dansensor di pendingin udara.
22) Pendingin Udara mengikut keperluan
Jika pendingin udara diperlukan di bilik yang kecil maka
1.5hp atau 2hp sudah memadai.Tidak perlulah menggunakan hp tinggi untuk kawasan
kecil kerana ia akan memakan tenaga.
23) Penebatan bumbung dan siling
Ada kaitan antara penebatan bumbung dan siling dan
penggunaan tenaga dalam rumah.Penebat pelbagai pilihan di sediakan untuk rumah
di lokasi sejuk dan panas.
No comments:
Post a Comment