*Penapis penghawa dingin mesti dibersihkan dengan kerap.
Aliran udara yang senag mengurangkan penggunaan tenaga.
*Lakukan Audit tenaga di rumah. Ini dapat menjamin system
pendawaian yang betul di rumah dan pejabat.
*Kompresor mesti dibersihkan, gunakan hos getah (pastikan
bekalan elektrik telahpun dimatikan). *Pastikan tumbuhan berada 1 kaki daripada
kompresor.
*Tutup lampu pada waktu siang.
*Bagi rumah yang mempunyai tanah, tanam pokok-pokok untuk
teduhan. Teduhan daripada pokok-pokok dapat mengurangkan kesan pemanasan kepada
rumah.
*Gunakan kipas siling untuk aliran udara. Pengurangan dalam
penggunaan tenaga. Aliran udara semulajadi juga boleh digunakan.
*Set kipas pada penghawa dingin kepada “ON” daripada “AUTO”.
Pengaliran udara yang sekata dapat mengstabilkan suhu udara dalam bilik.
*Adalah penting untuk membeli alat penghawa yang bersaiz
betul untuk kegunaan. Unit yang besar akan menggunakan lebih banyak tenaga dan
tutup/buka secara kerap.
*Setkan suhu penghawa dingin di antara 24°C hingga 26°C,
rendah (24°C) semasa cuaca panas dan tinggi (26°C) pada musim hujan.
Gunakan aliran udara semulajadi di mana mungkin.
*Suhu pemanas air boleh ditetapkan di antara rendah dan
sederhana untuk menjimatkan tenaga.
*Gunakan penyembur air yang jimat air, air yang kurang
bermakna penggunaan tenaga yang kurang.
*Perbaiki paip yang bocor, terutamanya jika melibatkan
perkakas air panas.
*Mandi adalah lebih baik daripada merendam dalam tub mandian.
Lebih banyak air panas digunakan lebih banyak pembaziran tenaga.
*Peralatan dapur yang kecil membantu mengurangkan penggunaan
tenaga. Terdapat peralatan yang mengguna 75% tenaga kurang daripada oven yang
besar.
*Koil peti sejuk mesti di vakum sekurang-kurangnya 2 kali
setahun untuk memastikan kompresor berfungsi dengan baik.
*30% udara sejuk akan terlepas setiap kali pintu peti sejuk
di buka. Keadaan yang sama untuk oven.
*Jangan melebihi muatan peti sejuk, udara sejuk perlu
mengalir dengan bebas untuk memastikan makanan di simpan pada suhu yang betul.
*Letakkan peti sejuk supaya pintunya akan tutup secara
automatik apabila dibiarkan terbuka. Ini akan mengelakkan pembaziran tenaga.
*Magnet pintu peti sejuk mesti diperiksa. Letakkan duit Satu
Ringgit dan tutup pintu. Jika duit kertas ini boleh di tarik, anda perlu
menukar magnet ini (gasket).
*Gunakan kemudahan cuci sendiri oven sejurus selepas memasak,
apabila oven masih panas. Ini mengelakkan mesa yang panjang untuk pemanasan
semula.
*Tutup periuk atau kuali untuk mengurangkan masa memasak, dan
letakkan periuk atau kuali mengikut saiz pembakar.
*Cuci pakaian dalam muatan penuh. Pastikan aras air di set
pada aras yang betul.
*Sentiasa gunakan air sejuk untuk mencuci pakaian, air panas
hanya perlu digunakan untuk pakaian yang terlalu kotor sahaja.
*Elakkan penggunaan pengering pada hari yang cerah, kita
dikurniakan dengan cahaya matahari yang banyak. Ultraviolet daripada cahaya
matahari membunuh kuman.
*Lampu floresen kompak menggunakan 75% tenaga kurang daripada
lampu floresen biasa dan mempunyai jangka hayat 10 kali juga. Penukaran kepada
lampu ini, menjimatkan tenaga juga.
*Tutup lampu dan peralatan elektrik apabila bilik atau
kawasan tertentu tidak digunakan.
*Bersihkan lampu dengan kerap. Lapisan habuk boleh melitupi
sehingga 50% pengeluaran tenaga.
*Warna yang cerah memantul lebih banyak cahaya. Merancang
perhiasan dalaman rumah dan pejabat boleh membantu penjimatan tenaga.
*Keluarkan plug bagi peralatan elektrik yang tidak digunakan.
Kebanyakan peralatan ini, terutamanya komputer, TV dan VCR mengambil tenaga
elektrik walaupun suisnya telah ditutup.
*Jika dinding di rumah atau pejabat tidak di tebat, gunakan
perkakas berat seperti rak-rak buku, dan sofa untuk diletakkan sekitar kawasan
ini. Ini akan membantu mencegah kemasukan haba daripada luar dan kehilangan
kesejukan dari dalam bangunan.
*Jika anda keluar dari rumah untuk jangkamasa yang panjang,
pastikan untuk menutup semua perkakas elektrik yang boleh di tutup.
*Melabur kepada alat yang Cekap Tenaga memang bermanfaat.
Terdapat kes-kes di mana, duit yang dijimatkan melalui penjimatan kos tenaga
dapat memulangkan kos malbur dalam beberapa tahun.
*Sila baca Label Panduan Tenaga dengan betul, pastikan anda
membanding alatan yang setara. *Penggunaan tenaga mempunyai perbezaan yang besar
dalam jenama yang sama. Jangan tertipu dengan jualan murah dan janji daripada
promoter.
*Beli peralatan yang sesuai untuk keluarga adalah penting.
Pembelian yang lampau akan menyebabkan pembaziran wang dan juga penggunaan
tenaga.
*Jika peralatan elektrik melebihi 10 – 15 tahun, praktikkan
penukaran semula kepada peralatan baru yang cekap tenaga.
*Pastikan logo “EnergyStar" ada pada peralatan cekap
tenaga. Ini menunjukkan persijilan daripada pihak-pihak kerajaan atau
pensijilan menbuktikan peralatan ini menggunakan tenaga elektrik secara cekap.
*Jangan lupa untuk bertanyakan tentang jaminan, maklumat
servis, penghantaran, dan kos pemasangan.
*Pastikan anda memilih penjual yang bereputasi dan
perpengalaman. Penjual yang baik boleh membantu anda untuk mengira pejimatan
tenaga dan jangkamasa pulangan. Pada masa yang sama dapat memberikan pilihan
yang banyak.
*Pastikan anda sedar akan hak anda untk mendapatkan
pengetahuan tentang produk. Peralatan yang rosak patut diganti (pastikan kad
jaminan di simpan).
No comments:
Post a Comment