
1.Lampu
;-Gunakan mengikut keperluan sahaja. Matikan suis apabila
meninggalkan bilik anda.
;-Gunakan mentol rendah tenaga seperti “compact flourescent
lamp”. Pasangkan pada lampu meja /membaca anda.
;-Manfaatkan cahaya matahari. Aturkan meja supaya berhampiran
tingkap. Bukakan langsir dan penghadang cahaya bagi menerangi bilik anda.
2. Peralatan komputer
;-Matikan segala peralatan komputer (PC, monitor, printer)
apabila tidak digunakan. Matikan suis di plug sebelum anda meninggalkan bilik.
;-Dimana perlu, gunakan lap-top berbanding desktop PC kerana
ia menggunakan kurang tenaga.
;-Manfaatkan ciri menjimat tenaga yang ada pada peralatan
komputer – power save setting
3. Alat pendingin hawa
;-Matikan apabila tidak digunakan. Gunakan hanya apabila suhu
dalam bilik semakin panas/tidak selesa.
;-Tingkatkan suhu kepada 20°C. Suhu di luar bilik hanya 4-5°C
sahaja lebih tinggi.
;-Buka jaket dan pakai kemeja sahaja apabila berada dalam
bilik.
4. Lain-lain peralatan elektrik – cerek, radio,
pengecas bateri dsb
;-Gunakan peralatan ini dengan sewajarnya. Matikan suis dan
cabut plug daripada soket di dinding apabila peralatan ini selesai digunakan.
No comments:
Post a Comment