Kecekapan tenaga(elektrik) bermakna anda menggunakan
tenaga elektrik yangminima untuk menyempurnakan kerja yang sama di rumah
atau di tempat kerja. Ini juga bermakna anda akan dapat mengurangkan
perbelanjaan untuk penggunaan elektrik di samping menikmati kemudahan
yang sama.
Kecekapan tenaga (elektrik) bermakna kita menggunakan tenaga
elektrik yang minima untuk menyempurnakan kerja yang sama di rumah. Ini juga
bermakna kita akan dapat mengurangkan perbelanjaan untuk penggunaan elektrik di
samping menikmati kemudahan yang sama.Kecekapan tenaga juga merujuk
kepada penggunaan tenaga yang cermat, berhemat dan bijaksana. Sebagai pengguna,
amalan kecekapan tenaga boleh mengurangkan perbelanjaan, menjimatkan kos sara
hidup dan mengelakkan pembaziran.
Suruhanjaya Tenaga (ST) merupakan badan yang
bertanggungjawab dalam membangunkan dan mengawal selia program pelabelan cekap
tenaga. Program pelabelan cekap tenaga ini bertujuan untuk mengalakkan
industri untuk menghasilkan barang elektrik yang menjimatkan tenaga.
Selain itu, sesebuah syarikat barang elektrik juga mempunyai kelebihan dari
segi persaingan kerana barang mereka mempunyai label yang menunjukkan bahawa ia
boleh menjimatkan tenaga elektrik.
No comments:
Post a Comment